
Aneh Tapi Hebat
Lyrics
Intro
Kumpulkanlah semua bahasa,
pasti kupilih hanya yang bermutu untukmu.
Untuk mendamaikan hatimu,
untuk kusaksikan pantulannya di bibir indahmu,
untuk kuhayati kesannya di senyum ikhlasmu
untuk kurasakan keajaibannya dari sinar matamu.
Lalu aku lengkapi dengan memanjatkan syukur
untuk anugerah ini.
Tuhan, terima kasih.
Kini aku semakin mengerti bila aku semakin pasti.
Terima kasih untuk kepastian atas semua kekeliruan.
Sebenarnya, kekeliruan itu
tak akan berdaya memesongkan hatiku.
Sebaliknya ia mempunyai kuasa
untuk menguatkan segala sendi-sendiku,
ruas-ruas tulang jariku
jalur-jalur merah dan biru
juga nafasku yang paling halus.
Maka bersaksilah aku
bahawa cinta itu sememangnya aneh tapi hebat.
(Solo)
Tuhan, terima kasih.
Kini aku semakin mengerti bila aku semakin pasti.
Terima kasih untuk kepastian atas semua kekeliruan.
Sebenarnya, kekeliruan itu
tak akan berdaya memesongkan hatiku.
Sebaliknya ia mempunyai kuasa
untuk menguatkan segala sendi-sendiku,
ruas-ruas tulang jariku
jalur-jalur merah dan biru
juga nafasku yang paling halus
(Solo)
(Outro...)